Syukur alhamdulillah, dengan keizinan daripada Allah s.w.t. maka sekali lagi laman web Surau Asy-Syakirin Bandar Perdana Seksyen 8, Sg. Petani Kedah Darul Aman dapat bertapak untuk sama-sama seiring dalam pembangunan ICT secara global atas tujuan mengembangkan dakwah islamiah ke serata dunia yang tidak mempunyai sempadan. Ribuan kemaafan kepada sahabat-sahabat yang pernah melayari laman web Surau Asy- Syakirin sebelum ini seketika dahulu yang mana telah berlaku kesilapan teknikal maka laman web tersebut tidak aktif lagi dan gagal untuk dilayari. | Walaubagaimanapun, insyallah dengan adanya usaha daripada para sahabat sekalian maka satu laman baru telah dapat dibangunkan dan insyallah akan dikemaskinikan dari masa ke semasa. Lantaran dari itu juga semoga melalui laman web ini akan dapat menjadi wadah yang terbaik dan terkini untuk sekalian muslimin dan muslimat. Wassalam Editor Web Surau Asy-Syakirin |